SYIAR DEBAR: Doa Seorang Anak Soleh Yang Dinantikan Orangtua di Alam Kubur
Oleh: Ust.Sendriansah S.s (Ki Diba)
DEBAR.COM.-DEPOK- Nabi Musa AS adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga.
Suatu hari Nabi Musa AS bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan bersama dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak langsung melayani Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayani Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu yaitu agama Islam. “Kengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
Pemuda itu menjawab, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapak kandungku. Mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang jelek rupa. Soal dosa mereka dengan Allah itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku, seperti yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku sebagai seorang anak.
Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampuni dosanya. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar nya, tetapi Allah masih belum mengabulkan lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa AS. “Wahai Musa, inilah orang yang akan bersamamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua orang tuanya. Ibu bapaknya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami”.
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud: “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga”.
Doa seorang anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Walau bagaimana jelek bentuk dan rupa kedua orang tua kita. itu bukan urusan kita. Walaupun banyak sekali dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah SWT supaya kedua orangtua kita diampuni Allah SWT.
Doa seorang anak yang soleh akan membantu kedua orangtus mendapat tempat yang baik di akhirat. Inilah dia seorang anak yang selalu dinanti-nantikan oleh para orangtua di alam kubur.(DB/Debar)